Penawar Kencing Manis Yang Membunuh!

Ratusan pesakit kencing France manis meninggal dunia akibat daripada memakan penawar kencing manis yang turut dikatakan mempunyai kelebihan melangsingkan badan. Berita ini merupakan laporan rahsia daripada satu syarikat insurans kesihatan France.

Ubat kencing manis yang bernama Mediator itu boleh membawa kesan sampingan terhadap jantung dan menyebabkan masalah tekanan darah tinggi. Selain daripada negara France, penawar kencing manis tersebut turut dipasarkan di Portugal, Cyprus, dan German. Kini, ubat kencing manis tersebut telahpun ditarik dari semua pasaran kesihatan ekoran daripada ancaman kesihatan terhadap pengguna.

Pihak kerajaan negara Perancis akan mengenakan hukuman undang-undang terhadap pembuat ubat tersebut. Sebelum ini, syarikat tersebut turut pernah memberhentikan penjualan satu ubat kencing manis yang bernama Isomeride yang juga boleh menimbulkan masalah tekanan darah.

Penawar Kencing Manis Keluaran Syarikat MLM?

Malaysia sudahpun popular dengan beratus-ratus syarikat jualan langsung atau MLM yang wujud setiap tahun. Kebanyakannya hanya beroperasi untuk 2 – 5 tahun dan akan lingkup selepas mengaut keuntungan daripada member-member.

Satu taktik yang kerap digunakan oleh syarikat-syarikat penyangak ini untuk tarik perhatian orang ramai adalah dengan macam-macam testimoni-testimoni yang mengatakan betapa hebat produk kesihatan mereka. Terdapat juga berani mengatakan bahawa produk mereka boleh menyembuhkan macam-macam penyakit, termasuk kencing manis.

Wakil-wakil jualan MLM yang tiada latar belakang perubatan ini biasanya berlagak macam pakar perubatan dan mengatakan produk herbal syarikat mereka boleh digunakan sebagai penawar kencing manis yang menggantikan ubat Kencing Manis daripada klinik.

Terdapat pesakit yang buta-buta percayakan “Pakar MLM” ini dan berhenti terus pengambilan ubat harian sehingga menyebabkan keadaan penyakit menjadi semakin teruk!

Kini adalah zaman teknologi informasi, kami tidak perlu lagi dengar cerita kelentong member-member MLM. Kalau ada apa-apa yang tidak tahu… Google atau Yahoo!!

Begitu juga dengan nasihat daripada para doktor yang berlesen. Anda perlu faham bahawa doktor bukan Superman yang tahu semua isu kesihatan. Selain daripada buta-buta percaya nasihat mereka dan telan macam-macam ubat yang diberi tu. Anda patut ambil inisiatif untuk ketahui lebih lanjut mengenai penyakit yang anda sedang alami tu.

Mencari-cari Penawar Kencing Manis?

Kencing manis adalah satu penyakit yang penuh dengan misteri… Sampai para pakar dan saintis masih tidak boleh mencari satu penawar kencing manis yang betul-betul berkesan.

Ataupun penawar yang sebenar telahpun ada, cuma mereka sengaja tidak mahu bongkarkan kebenarannya? Cuba bayangkan apa akan terjadi kepada syarikat hospital private yang kaya mewah itu jika wujudnya satu penawar kencing manis yang boleh menyembuhkan semua pesakit kencing manis?

Bankrupt!!! Itulah jawapannya. Masalah penyakit kencing manis ini merupakan satu sumber pendapatan utama bagi syarikat pembuat ubat dan pakar-pakar dalam hospital tu. Ubat-ubat kimia kencing manis itu adalah untuk “gantung nyawa” pesakit supaya mereka boleh berterusan membayar bil-bil perubatan dan pembedahan yang mahal-mahal itu…

Fenomena ini merupakan satu hakikat yang sungguh menyedihkan. Sebenarnya, Kencing Manis bukan satu penyakit yang tidak boleh disembuhkan. Anda cuma perlu ketahui akar umbinya yang sebenar…

Penawar Kencing Manis

Penawar Kencing Manis